Kadar kemasukan ke politeknik dan kolej komuniti kini dilihat semakin membrangsangkan, apabila mencatatkan kenaikan kemasukan hampir 20% dalam kalangan lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Data Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti KPT ini menjelaskan seramai 26,539 jumlah kemasukan baharu dicatatkan bagi sesi kali ini. Di mana 10 daripada 36 buah politeknik di seluruh negara berjaya mencatatkan kemasukan pelajar baharu cemerlang dengan kadar lebih 100%. Sementara 24 daripada 105 buah kolej komuniti pula turut menerima kemasukan pelajar yang berprestasi membrangsangkan.
Melalui peningkatan itu, didapati bidang yang mendapat permintaan tinggi adalah kejuruteraan elektrik dan elektronik, kejuruteraan mekanikal (automotif), kejuruteraan awam, seni bina, teknologi makanan, teknologi maklumat (digital), teknologi kreatif, seni kulinari, perdagangan dan perlancongan serta hospitaliti.
Susulan kerancakan itu, pihak JPPKK menyasarkan jumlah kemasukan ini akan melonjak kepada 32,000 pelajar baharu menjelang pendaftaran kelak.