Bank Negara Malaysia (BNM) bersama Bank Indonesia dan Bank of Thailand hari ini memeterai memorandum persefahaman, bagi memantapkan lagi kerjasama dengan perluaskan galakkan transaksi dua hala dalam mata wang tempatan dalam urus-niaga antara ketiga negara.
Menerusi makluman rasmi ini, ia akan memacu insiatif pembayaran rentas sempadan setiap negara di samping berpotensi meningkatkan kestabilan pasaran kewangan serantau dan perkukuhkan lagi aktiviti ekonomi rentas sempadan.
BNM menjangkakan usaha itu tidak sekadar meningkatkan aliran nirtunai tetapi turut memperkasakan penerapan transaksi kalangan pemain perniagaan di Malaysia, Indonesia dan Thailand secara berperingkat.
Buat pengetahuan umum, sebelum ini aturan ketiga negara telah diselarikan melalui rangka penyelesaian pada 2015 dan 2016, kini pemeteraian MoU terbaharu itu dilaksanakan di Jakarta, Indonesia bersama penyertaan Gabenor Bank Indonesia Perry Warijiyo, Gabenor BNM DS Rasheed Ghaffour dan Gabenor BOT Sethaput Suthiwartnareuput.