Indeks Harga Pengguna (IHP) yang menjadi penandar aras tahap inflasi utama Malaysia kini menunjukkan prestasi inflasi di negara bgi Julai 2023 terus semakin menurun – iaitu mereda kepada 2.0%.
Data ini buat pengetahuan umum adalah paras inflasi terendah bagi tahun 2023.
Mengikut data Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) didorong penurunan pada paras inflasi libat segmen ekonomi kumpulan utama sepertti Restoran dan Hotel yang kini menurun kepada 5.0%, diikuti Makanan dan Minuman bukan Alkohol menurun kepada 4.4%, Hiasan-Perkasasan-Penyelenggaraan-Isi Rumah menurun kepada 1.9% dan segmen inflasi Perumahan-Air-Elektrik-Gas-Bahan Api lain yang menurun kepada 1.7%.
Tidak hanya itu, kos Makanan Di Rumah juga turut memaparkan penurunan kadar inflasi kepasa 3.0%, diikuti Makanan Di Luar Rumah menurun kepada 6.2%. Sementara kos libatkan Beras-Roti-Bijirin turut menurun kadar inflasinya kepada 4.5% dan Susu-Keju-Telur menurun kepada 4.3%.
Meskipun kadar ini lebih kecil berbanding paras inflasi Jun 2023, secara menyeluruh mengikut data bulanan – paras inflasi untuk Julai 2023 menunjukkan berlakunya peningkatan kecil sekitar 0.1%. Kadar ini lebih perlahan berbanding Jun 2023.
Sementara kadar inflasi mengikut peringkat negeri pula, terdapat 6 negeri memaparkan peningkatan kadar inflasi berbanding paras inflasi nasional – ianya adalah Pahang (2.6%), Sarawak (2.6%), WP Putrajaya (2.6%), Perak (2.4%), Selangor (2.4%) dan Melaka (2.2%).
Manakala perbandingan mengikut negara terpilih pula – paras inflasi di Malaysia lebih rendah berbanding negara Filipina (4.7%), Indonesia (3.1%), Vietnam (2.1%), Zon Euro (5.3%), AS (3.2%) dan Republik Korea (2.3%).