Setelah meraih kelulusan secara prinsip daripada sidang Kabinet, Dasar Gaji Progresif dijangka berupaya dilaksanakan pada April atau Mei 2024 kelak.
Mengikut perkongsian Menteri Ekonomi Rafizi Ramli pada sidang rasmi Program EDL hari ini, pelaksanaan tersebut akan diketahui setelah jumlah peruntukan kewangan dibentangkan pada Belanjawan 2024 kelak, iaitu 13 Oktober ini.
Berdasarkan aturan itu, pada pembentangan belanjawan kelak semua pihak akan lebih memahami peringkat pelaksanaan Dasar Gaji Progresif yang dilaksanakan. Merangkumi kategori kumpulan serta komitmen kewangan yang bakal disertakan negara untuk menjayakan dasar tersebut.
Bagaimanapun difahamkan kertas putih Dasar Gaji Progresif ini, perlu melalui proses pembentangan pada sidang khas di Parlimen, yang dijangka berlaku pada September 2023 ini sebelum ia dilaksanaka secara menyeluruh. Melalui pembentangan itu, setiap peringkat dasar akan diperhalusi bersama pihak berkepentingan dan pemain industri mengikut kesesuaian pasaran semasa.
Adanya usaha sebegini, ia berpotensi membantu negara mencapai matlamat meningkatkan peratusan pendapatan pekerja Malaysia dari 32.4% (2022) kepada sasaran 45%.