Artikel

Produktiviti Pekerja Di Malaysia Kini Turun 1.1% – Susulan Aliran Ekonomi Lebih Perlahan

Sekiranya 3 bulan pertama tahun 2023 – arena pasaran buruh negara memperlihatkan kerancakkan produktiviti meningkat 2.1%. Kini prestasi bagi suku kedua 2023 pula menunjukkan penurunan sebanyak 1.1%. 

Data di bawah Produktiviti Buruh – Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) ini mengambil kira produktiviti buruh Malaysia yang diukur dari nilai ditambah per jam bekerja mencatatkan pertumbuhan negatif 1.1%.

Situasi ini menurut pengamatan DOSM mengambilkira kesan daripada pertumbuhan ekonomi negara yang sedikit perlahan pada suku kedua 2023 dengan pertumbuhan 2.9%. 

Meskipun begitu pada suku kedua 2023, jumlah pekerja meningkat kepada 16.1 juta orang, mencerminkan peningkatan 2.8% berlaku pada penyertaan tenaga ekonomi di pasaran negara. 

Merujuk kepada prestasi mengikut sektor pula didapati produktiviti buruh yang diukur sebagai nilai ditambah per jam bekerja, dua sektor mencatatkan peningkatan didahului oleh sektor Pembinaan pada 3.5% (ST1 2023: 6.5%), dan diikuti oleh sektor Perkhidmatan pada 0.1% (ST1 2023: 2.8 %), manakala tiga sektor mencatatkan penurunan, iaitu, Perlombongan & pengkuarian pada -6.7% (ST1 2023: 1.6%), Pembuatan pada -3.9% (ST1 2023: 0.2%), dan Pertanian pada -2.9% (ST1 2023 :-0.8%).