Artikel

CompAsia Meraih Suntikan Dana Pelaburan Dari Gobi Partners

CompAsia merupakan salah satu platform yang memudahkan pengguna untuk menjual peranti elektronik terpakai, dan pada masa yang sama turut membolehkan pengguna membeli peranti terpakai yang dijual melalui platform tersebut. Ia telah beroperasi sejak 2016 yang lepas, dan telah melakukan transaksi melibatkan jutaan peranti elektronik sehingga ke hari ini.

Terbaru, syarikat yang ditubuhkan di Malaysia ini kini meraih dana pelaburan dari Gobi Partners. Jumlah suntikan dana terbaru tidak diumumkan oleh kedua-dua pihak buat masa ini.

Suntikan dana terbaru ini dijangka digunakan dalam terus memperluaskan perkhidmatan di lokasi-lokasi baharu, disamping turut menceburi pasaran baharu. CompAsia kini beroperasi bukan sahaja di Malaysia, tetapi juga di Indonesia, Thailand, Filipina dan Singapura.

Disamping menjual peranti terpakai dan mengurangkan sampah elektronik, CompAsia juga menyasarkan dalam menawarkan khidmat kewangan dengan fokus terhadap peranti elektronik, selain program penjagaan peranti.