Suku kedua 2023 memperlihatkan prestasi Pos Malaysia alami peningkatan kerugian bersih kepada RM27.01 juta berbanding RM5.25 juta yang direkodkan dalam suku yang sama pada 2022.
Mengikut makluman kepada Bursa Malaysia, hasil kumpulan pada suku kedua ini turut menurun kepada RM465.20 juta berbanding RM517.26 juta data sebelumnya.
Situasi sebahagiannya disumbangkan oleh penyusutan prestasi pada segmen khidmat kurier, di mana jumlah pembungkusan penghantaran semakin menurun. Bagi data 6 bulan pertama 2023 ini didapati Pos Malaysia alami kejatuhan 16% pada segmen penghantaran.
Ini didorong kesan persaingan yang lebih tinggi bersama perniagaan kurier di bawah laman e-dagang tersendiri. Rata-rata pemain e-dagang utama memanfaatkan segmen penghantaran melalui sumber platform. Sementara pemain antarabangsa pula terus merancakkan lagi strategi kurier mereka menguasai pasaran dalam perniagaan kurier di Malaysia.
Walaupun berdepan cabaran dalam segmen kurier, Pos Malaysia kekal memaparkan prestasi yang baik dalam segmen logistik. Dengan meraih pertumbuhan 7% kepada RM169.4 juta susulan perniagaan pengurusan kargo yang semakin produktif. Tidak hanya itu, segmen penerbangan melibatkan peningkatan pembekalan katering dalam penerbangan juga semakin membrangsangkan apabila berjaya mencatat hasil RM141.4 juta.
Melihat daripada prestasi ini, Pos Malaysia kekal optimis untuk mengukuhkan tahap kesejahteraan kewangan mereka – antaranya kini bertindak meluasakan usaha kelestarian bersama sokongan teknologi digital. Adanya usaha baharu ini, ia tidak sekadar membantu kumpulan depani tekanan kos semasa tetapi turut kekal relevan pada permintaan pasaran.