Artikel

SC : Aduan Penipuan, Kegiatan Tidak Berlesen Semakin Melonjak – Bagi 6 Bulan Pertama 2023

Aduan berkenaan kegiatan tidak berlesen serta penipuan di dalam negara diperhatikan semakin meningkat, sejak pandemik COVID-19. Menurut Suruhanjaya Sekuriti (SC) setakat separuh pertama 2023 ini didapati sekitar 1,670 aduan telah direkodkan – ini menyamai 60% daripada aduan yang diterima pada tahun 2022.

Sebagai perincian, kategori aduan yang dikongsikan pada Simposium Perancangan Kewangan Tahunan anjuran Persatuan Perancangan Kewangan Malaysia (FPAM) ini melibatkan kegiatan skim haram yang sering dipromosikan pada laman media sosial – seperti Facebook dan Telegram, yang dilihat menjadi medium aktif untuk mempromosikan pakej pelaburan kepada orang awam.

Berikutan trend itu, SC telah mengeluarkan  170 senarai amaran, 95 sekatan laman web, 6 sekatan akaun Instagram, 74 sekata akaun Telegram dan 58 sekatan di Facebook.

SC memberi jaminan untuk terus membasmi gejala kegiatan pelaburan yang tidak bertanggungjawab ini, Setakat data seasa, ramai pelabur telah berdepan kerugiian puluhan juta susulan terjebak dalam penipuan pelaburan ini.