Kerancakkan arena pasaran automotif negara kini semakin ketara, dengan pengenalan beberapa edisi modul kenderaan baharu bersama saingan kenderaan elektrik (EV). Berdasarkan prestasi itu, kereta nasional kekal mendominasi pasaran automotif di Malaysia – apabila menguasai 61% di pasaran pada tahun ini.
Pengamatan data RHB Investment Bank pada laporan nota penyelidikan BH ini menunjukkan PERODUA – Perushaan Otomobil Kedua kekal menjadi jenama yang paling laris setakat tahun 2023 ini dengan menguasai 40.3% pasaran automotif domestik.
Diikuti Proton Holdings dengan 20.7% penguasaan dalam pasaran automotif negara.
Sementara Toyota pula tampil jadi jenama bukan nasional pilihan utama di Malaysia dengan mendominasi 13.3% pasaran, disusuli Honda (9.2%), Mazda (2.6%), Nissan (1.4%) dan jenama lain 12.5%.
Manakala menyentuh soal prestasi jumlah pengeluaran industri (TIV) kenderaan pula – pengeluaran kereta di negara masih kekal positif. di mana sehingga 7 bulan pertama 2023 – didapati sebanyak 430,000 unit telah dicatatkan. Aliran ini berpotensi mencapai sasaran pengeluaran pada tahun 2023 kepada 725,000 unit.
Akan tetapi pihak pemain industri kekal akui terdapat risiko penurunan jualan berlaku ke atas ke semua jenama automotif. Ini kerana sentimen pengguna dilihat semakin perlahan – susulan penamatan cukai jualan, diikuti paras kadar faedah lebih tinggi dan langkah pentadbiran untuk laksana skim subsidi bahan api bersasar kelak.