Artikel

CTOS Kini Bolehkan Rakyat Malaysia Semak Status Skor Kredit Secara Percuma – Sehingga 31 Ogos

Bermula minggu ini sehingga 31 Ogos 2023 kelak, semua pihak kini dibolehkan untuk menyemak status laporan skor kredit kewangan mereka secara percuma bersama CTOS – penyedia pelaporan kredit di Malaysia.

Melalui akses percuma tersebut, penduduk negara akan menerima laporan MyCTOS dengan CCRIS – di mana laporan itu akan membantu pengguna lebih memahami akan tahap kesejahteraan kewangan anda dari semasa ke semasa. Ini merangkumi gambaran sebenar kepada pengguna akan status kewangan semasa merangkumi perincian hutang, rekod pembayaran bagi kad kredit dan pinjaman, baki akaun dan had kredit, pertanyaan kredit, kes mahkamah kebankrapan dan maklumat syarikat lembaga pengarah seseorang individu, serta hutang bukan bank (rujukan perdagangan).

Kepentingan rekod ini untuk makluman turut akan diteliti oleh pihak institusi kewangan (perbankan) dan penyedia pinjaman bagi menilai permohonan kredit pengguna kelak di masa hadapan. Maka untuk mendapatkan akses percuma ini, pengguna perlu mendaftar pada laman portal CTOS bagi semakan skor kredit itu.

CTOS melihat melalui inisiatif ini, ia secara langsung akan memberi pendedahan dan didikan kepada pengguna Malaysia akan manfaat disebalik semakan skor kredit kewangan secara berkala. Setakat ini, lebih 3 juta rakyat Malaysia telah mengurus tahap kesihatan kewangan mereka bersama CTOS.

Menerusi penyertaan itu, CTOS dapati kini purata skor kredit yang diraih penduduk Malaysia semakin bertambah baik dengan peningkatan kepada 678 mata pada 2022 berbanding 663 mata pada tahun 2020. Angka tersebut secara langsung menunjukkan semakin ramai rakyat negara mula celik akan pengurusan kewangan yang lebih baik.

Sebarang maklumat lanjut untuk menyemak status skor kredit anda, boleh rujuk pada laman semakan kendiri CTOS di pautan CTOS Credit Laporan Semakan Percuma

Ini tahap skor kredit anda berdasarkan perolehan mata bersama semakan CTOS;

Skor Penilaian Skor Kredit Anda
  Cemerlang! Prestasi pengguna cemerlang dan akan diberi keutamaan
  Sangat Baik! Kumpulan pengguna turut diberi keutamaan
  Baik! Prestasi pengguna di paras sederhana tinggi, melayakkan perolehan kredit baru
  Sederhana. Pengguna kekal ditawar produk kewangan namun tidak diutamakan
  Rendah. Pengguna berpotensi alami masalah ketika memohon kredit
  Lemah. Permohohan pengguna berpotensi ditolak.
  Skor pengguna tidak dapat diukur susulan maklumat tidak mencukupi