Artikel

Kerajaan Teliti Usul Wujudkan Mesin Ubat Layan Diri

Bagi memudahkan penduduk negara memiliki akses bekalan ubat secara terus, pentadbiran negara kini memiliki cadangan untuk mewujudkan kiosk mesin ubat layan diri di kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR) di seluruh Malaysia. 

Pertimbangan di bawah Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ini secara langsung akan memudahkan orang awam untuk mendapatkan bekalan ubat pada waktu kecemasan. Terutamanya ketika lewat malam. 

Inisiatif positif ini dikongsikan pada sidang Nota Persefahaman Kerjasama Strategik Perkhidmatan Kesihatan dan Kebombaan  – di mana usul tersebut masih diperingkat awal semakan dan perlu dikaji sebaik mungkin bersama KKM untuk memastikan penempatan kemudahan tersebut dapat dimanfaatkan orang awam.

Setakat ini difahamkan antara bekalan yang akan diusulkan meliputi bekalan panadol dan vitamin serta beberapa bekalan ubat lain.