Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) memaklumkan komitmen pihaknya untuk membentangkan laporan Pengurusan Wabak COVID-19 bagi tindakan bahas pada sidang Parlimen ke-15 2023, Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua yang dijadualkan bersidang pada 9 Oktober sehingga 30 November kelak.
Setakat ini pihak PAC telah lalui prosiding kedua – di mana melibatkan perkongsian keterangan daripada pesara petugas perkhidmatan awam berhubung laporan pengurusan COVID-19.
Berdasarkan lanjutan semakan laporan ini, PAC memaklumkan akan memanggil Pharmaniaga Logistic untuk memberi keterangan serta penjelasan berhubung isu melibatkan peralatan ventilator yang tidak dapat digunakan pada tempoh pandemik tersebut.
Melalui sasaran pembentangan tersebut, ia secara langsung akan memberi penerangan lebih jelas akan situasi pengurusan COVID-19 yang berlaku sebelum ini.