Selari dengan makluman notis jadual peperiksaaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 yang telah dikeluarkan sebelum ini – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kini mengesahkan tarikh peperiksaan SPM 2023 akan dilaksanakan bermula 5 Disember 2023 ini, iaitu 3 bulan lebih awal.
Pengesahan KPM itu adalah selari dengan matlamat sektor pendidikan negara untuk mengembalikan semula sesi persekolahan kepada jadual asal negara secara berperingkat – iaitu dilaksanakan pada setiap bulan Januari.
Mengikut pengesahan itu, bermula 5 Disember kelak peperiksaan SPM 2023 akan dilaksanakan dengan Ujian Amali Sains, diikuti Ujian Bertutur pada 8 Januari 2024, Ujian Mendengar pada 29 Januari 2024 dan disusuli Ujian Bertulis peperiksaan pada 30 Januari 2024.
Berdasarkan notis penjadualan SPM 2023 menyeluruh, didapati tarikh peperiksaan ini akan berakhir sehingga 7 Mac 2024 dengan subjek Geografi. Maka melalui perubahan tarikh peperiksaan SPM 2023 ini, KPM memberi jaminan ia tidak akan menjejaskan aliran pembelajaran pendidikan negara dan disasar akan dilaksana dengan lebih baik.
INFO KPM: Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2023 akan bermula pada 5 Disember 2023 hingga 7 Mac 2024.
Jadual waktu peperiksaan SPM Tahun 2023 telah mengambil kira setiap perkara termasuk jumlah hari persekolahan serta Hari Kelepasan Am Persekutuan dan Negeri. pic.twitter.com/etF8gV4HXu
— KPM (@KemPendidikan) August 24, 2023