Artikel

KSM Akan Gandakan Sokongan, Pemeriksaan Di Tempat Kerja – Atasi Isu Buruh Paksa 

Memahami isu buruh paksa masih terus membelenggu pasaran pekerjaan di Malaysia, negara kelak akan meningkatkan usaha untuk atasi permasalahan ini. Antaranya gandakan pemeriksaan di tempat pekerjaan dan pacu lebih banyak  sokongan kepada mangsa buruh paksa.

Aturan itu sekaligus akan membantu meningkatkan lagi kesedaran dalam kalangan majikan, pekerja untuk menamatkan penerapan buruh paksa pada operasi mereka.

Langkah ini menurut Kementerian Sumber Manusia (KSM) akan disokong melalui beberapa langkah utama. Ketika ini kerajaan sedang memulakan langkah seperti meratifikasi Protokol 2014 untuk Konvensyen Buruh Paksa dan menerima pakai Pelan Tindakan Nasional Berhubung Isu Buruh Paksa (2021-2025).

Tidak hanya itu, Malaysia turut akan bekerjasama dengan Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) bagi mengukuhkan agenda untuk menangani situasi buruh paksa di pasaran negara.

Setakat ini, sebarang Memorandum Persefahaman (MOU) bersama negara luar berhubung pengambilan pekerja turut akan diberi jaminan peruntukan perlindungan, bagi memastikan kesejahteraan pekerja terus terpelihara.