Susulan memiliki kapasiti yang baik pada pembangunan rumah kos rendah – Perak bercadang menaikkan had kelayakan pendapatan isi rumah daripada RM3,860 kepada RM5,000 sebulan bagi pembeli rumah kos rendah di negeri tersebut.
Pentadbiran Perak melihat usaha sedemikian tidak sekadar memanfaatkan kapasiti yang tersedia namun langkah itu berupaya meningkatkan bilangan kumpulan layak memohon selain memberi lebih peluang kepada rakyat terutama golongan B40 untuk memiliki rumah kos rendah.
Usul ini bagaimanapun masih diperingkat awal dan kelak akan dikemukakan kepada Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak (LPHP) ke dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak untuk penelitian dan seterusnya diluluskan dalam tempoh terdekat.
Selain itu, dalam perkembangan lain Perak turut akan melancarkan Skim Sewa Perak Sejahtera – di mana medium ini akan bertindak menawarkan kadar harga rumah yang lebih rendah berbanding pasaran dan ia dimulakan dengan 12 unit rumah mampu milik di Taman Perakku Serdang kelak.