Menteri Komunikasi dan Digital kini berkongsi menyatakan kerajaan bakal mewujudkan sebuah akta menyeluruh untuk industri muzik, dalam tempoh sekitar dua tahun.
Buat masa ini, tiada sebuah akta khusus untuk industri tersebut. Sejumlah perkara perlu diteliti sebelum akta diperkenalkan, termasuk dalam aspek pengawal selia industri dan juga pemasaran.
Walaubagaimanapun, akta tersebut tidak akan melibatkan royalti penggiat muzik kerana ia diselia oleh kementerian berbeza, iaitu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup.
Selain akta, Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil turut mengatakan terdapat cadangan untuk membentuk sebuah badan khusus bagi industri muzik, yang akan membantu dalam mengasah bakat, pemasaran, serta pertumbuhan ekosistem yang mampan.