Artikel

Farm Fresh Ingin Memperkenalkan Susu Tepung, Memperluaskan Pasaran Ais Krim

Farm Fresh, salah satu syarikat tenusu tempatan kini berkongsi beberapa perancangan dalam terus mengukuhkan kedudukan syarikat mereka di Malaysia. Salah satunya, kini Farm Fresh menyatakan mereka merancang untuk memperkenalkan susu tepung tumbesaran – sekaligus mempelbagaikan lagi portfolio produk dibawah syarikat berkenaan.

Disamping itu, Farm Fresh turut menyasarkan untuk memfokuskan kepada jualan ais krim menjelang penghujung 2023 kelak. Selain itu, Farm Fresh juga turut telah menambah sejumlah produk baharu dibawah mereka, termasuk penawaran yogurt.

Untuk makluman, Farm Fresh sedia mendapatkan pegangan sebanyak 65% pada salah satu syarikat tempatan, Inside Scoop. Pasaran runcit Inside Scoop berkenaan dijangka akan terus diberikan fokus dengan membuka sekurang-kurangnya satu cawangan baharu setiap bulan.