Artikel

Perodua Telah Menjual Lebih 4.5 Juta Kenderaan Sehingga Kini

Perusahaan Otomobil Kedua (PERODUA) yang terkenal dengan kenderaan seperti Kancil dan Myvi, kini berkongsi menyatakan telah menjual sejumlah 4.5 juta kereta sejak tahun 1994 sehingga Jun 2023 lepas.

Dalam tempoh tersebut, kenderaan yang paling popular dan mempunyai angka jualan tinggi adalah Perodua Myvi sebanyak 1.4 juta unit. Ia diikuti dengan Perodua Knacil sebanyak 708,527 unit, dan Perodua Axia sebanyak 611,787 unit.

Untuk tahun ini, Perodua menyasarkan untuk mengeluarkan sekitar 330,000 unit kenderaan, dan telah mengeluarkan sekitar 153,813 unit kenderaan setakat Jun 2023. Perodua menyasarkan angka jualan akan terus meningkat pada pertengahan kedua 2023 ini.