Artikel

LHDN Akan Tamatkan Penggunaan Setem Hasil, Mesin Franking Pos – Mulai 1 Januari 2024

LHDN, Lembaga Hasil Dalam Negeri kini memaklumkan kelak penggunaan setem pelekat (Setem Hasil) dan mesin franking pos oleh pengguna luar seluruh Malaysia – yang dijadikan sebagai kaedah penyeteman pada dokumen mahupun perjanjian – akan ditamatkan mulai 1 Januari 2024.

Penggunaan Setem Hasil itu hanya dibenarkan sehingga 31 Disember 2023 ini sahaja dan setiap pembayar duti disarankan untuk segera menghabiskan simpanan Setem Hasil mereka sebelum tempoh tamat tersebut.

Ini kerana, bagi sebarang Setem Hasil yang tidak digunakan, tiada tuntutan bayaran balik akan dilaksanakan. Termasuklah digantikan secara wang tunai.

Langkah Setem Hasil ini akan digantikan dengan membolehkan pembayar cukai laksana permohonan penyeteman dan pembayaran duti setem secara atas talian pada pautan portal Sistem Taksiran dan Pembayaran Duti Setem (STAMPS). Ia bermakna permohonan sedemikian tidak memerlukan pengguna untuk hadir ke kaunter duti setem secara fizikal.

Malah tindakan ini turut memudahkan individu warganegara serta penduduk tetap yang miliki fail cukai pendapatan laksana pendaftaran ID Pengguna STAMPS dan permohonan pembayaran duti setem melalui STAMPS. Manakala pendaftaran fail cukai individu pula boleh dilaksana melalui pautan e-Daftar LHDN ini.

Buat pengetahuan umum, Setem Hasil ketika ini boleh didapati diseluruh Pejabat Pos seluruh Malaysia dan terdapat 9 denominasi Setem Hasil iaitu ;

  • RM1
  • RM5
  • RM10
  • RM50
  • RM100
  • RM250