Artikel

Jualan Kereta Terpakai Mulai Perlahan, Turun 10% – Bagi Suku Kedua 2023

Tamatnya pengecualian cukai jualan pada akhir suku pertama 2023 lalu, jualan kereta terpakai di Malaysia disasarkan akan lebih perlahan apabila prestasi suku kedua 2023 menunjukkan berlakunya penurunan jualan 10% untuk data tahun-ke-tahun.

Mengikut permerhatian Persekutuan Persatuan Syarikat Permotoran dan Kredit Malaysia (FMCCAM) – kesan daripada pengecualian cukai jualan sebelum ini ia secara tidak langsung memberi galakkan kepada rakyat negara untuk menukar unit kenderaan mereka. Berdasarkan data secara purata lebih 60% pembeli kereta baharu akan menukar kereta lama mereka.

Maka tidak menghairankan apabila, tahun lalu Malaysia berjaya mencapai rekod tertinggi jualan kenderaan sebanyak 720,658 unit.

Meskipun insentif sedemikian telah ditamatkan, dan aliran unit kereta akan lebih perlahan – pihak FMCCAM kekal optimis bahawa jualan kereta terpakai untuk tahun ini berupaya mencapai rekod jualan sebagaimana yang dicapai pada 2022. Ini kerana, kini pelbagai paltform kenderaan terpakai mula menawarkan jaminan lanjutan yang menarik kepada pengguna automotif.