Sejak dilancarkan pada 2019, hanya 293,499 pengguna di Malaysia sahaja yang memuat-turun aplikasi perbandingan harga ‘Price Catcher’ di bawah kelolaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, dan Kos Sara Hidup (KPDN).
Angka tersebut secara langsung menunjukkan medium sedemikian masih kurang mendapat sambutan kalangan pengguna negara dan miliki jurang yang tinggi berbanding jumlah populasi negara walaupun telah lalui proses penambahbaikan sebanyak dua kali.
Setakat ini difahamkan sekitar 2,000 pelawat harian direkodkan pada aplikasi.
Maka memahami kekurangan tersebut KPDN akan menambah-baik struktur aplikasi tersebut supaya penggunaannya dapat diperluas untuk kegunaan semua pihak bersama pertambahan input dengan sokongan pemegang taruh kepentingan dan pemain industri.
Buat pengetahuan umum, melalui aplikasi ini terdapat 480 barangan disenaraikan untuk memudahkan pengguna mendapat data perbandingan harga di premis berdekatan sekitar radius 10km di Semenanjung dan radius 20km pula untuk pengguna di Sabah serta Sarawak.