Sepertimana yang dimaklumkan, pentadbiran mulai 21 Ogos ini – akan memulakan aturan sesi libat urus antara Kementerian Kewangan dan semua pihak bagi meraih pendekatan lebih terperinci berkenaan Belanjawan 2024 yang bakal dibentangkan pada 13 Oktober kelak.
Pada aturan awal ini, sesi libat urus itu akan dimulakan di peringkat negeri bersama negeri Melaka. Menurut MOF, perbincangan tersebut akan dilaksanakan menerusi sesi Dialog Belanjawan dan seterusnya akan dilanjutkan bersama kementerian negeri lain mengikut ketetapan jadual yang telah diatur MOF pada bulan ini.
Berdasarkan agenda itu, MOF memberi gambaran terdapat beberapa elemen peruntukan akan alami peningkatan pada perbelanjaan negara kali ini. Antaranya melibatkan sektor perniagaan, belia dan wanita.
Bagaimanapun untuk merealisasikan sasaran sedemikian, orang awam turut diseru untuk memberikan pandangan serta cadangan melalui Cadangan Belanjawan 2024 di bawah portal MOF. Melalui perkongsian itu, ia akan membantu pentadbiran lebih memahami keperluan rakyat pada pembangunan negara bagi 2024.
Sebarang tindakan lanjut, orang awam boleh layari pautan Cadangan Belanjawan 2024. Di bawah ruangan ini terdaapt 19 kategori dilampirkan untuk memudahkan masyarakat memahami dan melontarkan pandangan pada kerangka Belanjawan 2024. Ini antara pilihan kategori;
- Subsidi bagi Makanan Asas dan Petrol
- Pengangkutan Awam
- Pendidikan Berkualiti
- Bantuan Tunai Langsung dan Kebajikan
- Rumah Mampu Milik
- Pemerkasaan Komuniti
- Pembiayaan Perniagaan
- Peluang Pekerjaan
- Kemudahan Kesihatan Awam – meliputi Kesihatan Mental
- Insiatif Hijau bagi Agenda Kelestarian
- Pelaburan Strategik dalam Sektor Utama
- Sains, Teknologi dan Inovasi
- Infrastruktur Awam – Akses Jalan Raya, Bekalan Elektrik, Air, Jaringan Internet
- Bantuan Pemulihan bagi sektor tumpuan – Pelancongan, Kreatif, Peruncitan, Pertanian
- Kecekapan Tadbir Urus Kerajaan
- Pembangunan Ekonomi MADANI
- Kecekapan Perbelanjaan dan Hasil Kerajaan
- Perlindungan Sosial
- Kecekapan dan Ketelusan Tadbir Urus Kerajaan