Jumlah perdagangan negara kini memperlihatkan penyusutan – apabula rekod bagi Julai 2023 telah menurun 14.4% kepada RM216.41 bilion bagi tempoh tersebut. Persekitaran ini didapati berlaku kesan permintaan global yang lebih perlahan dan pelarasan harga komoditi yang lebih rendah.
Data di bawah Prestasi Perdagangan Luar bagi Julai 2023 ini menunjukkan situasi itu memperlihatkan kadar penyusutan perdagangan yang ketara berlaku antara negara luar bersama Malaysia. Di mana aliran eksport berkurangan 13.1% kepada RM116.75 bilion, diikuti import menurun 15.9% kepada RM99.66 bilion.
Sebagai perincian, bersama pasaran ASEAN berlakunya penyusutan perdagangan sekitar 17% dengan merekodkan aliran perdagangan 28.1% atau RM60.8 bilion daripada jumlah perdagangan. Manakala aliran import dari ASEAN pula berkurangan 14.6% kepada RM26.27 bilion.
Sementara itu aliran eksport ke pasaran utama ASEAN pula masih menunjukkan peningkatan apabila Vietnam menyumbang kepada permintaan eksport dengan perkembangan RM9.4 juta bagi sektor pembekalan barangan elektrik dan elektronik (E&E).
Situasi penurunan turut berlaku bersama aliran perdagangan dengan China – apabila perdagangan mencatatkan 17.2% iaitu RM37.13 biliion, telah menurun 8.4% dari tahun-ke-tahun daripada jumlah perdagangan bulan lalu. Meskipun begitu, aliran eksport ke China masih meningkat sederhana 6.1% kepada RM16.8 bilion. Aliran ini menurut Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), ia masih disokong permintaan eksport E&E, keluaran petroleum.
Manakala aliran import dari China pula susut 7.1% kepada RM252.81 bilion berbanding tempoh yang sama pada 2022.
Selain ASEAN, China – aliran perdagangan turut menurun bersama Amerika Syarikat (AS) susut 5.4% kepada RM139,62 bilion dan Kesatuan Eropah pula susut 1.2% kepada RM16.83 bilion, diikuti Jepun susut 23.8% kepada RM11.59 bilion.