Artikel

Harga Minyak Dunia Kembali Naik

Kesan rangsangan ekonomi dan pasaran hartanah China, diikuti penyusutan dolar Amerika Syarikat – ternyata aliran harga minyak mentah dunia kini kembali meningkat apabila minyak mentah Brent naik 67 sen (0.8%) kepada $84.12 setong diikuti minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) naik $1.101 (1.3%) kepada $80.93 setong. 

Buat pengetahuan umum, sebelum ini harga komoditi ini telah susut lebih 1.5% susulan berlakunya kebimbangan akan potensi kenaikan kadar faedah AS, diikuti prestasi ekonomi China yang berupaya terjejas.  

Namun susulan pelaksanaan China untuk terus mengukuhkan dasar pemulihan ekonominya kini peningkatan tersebut mengikut laporan Reuters dilihat berlaku pada pelarasan harga minyak. 

Setakat kadar faedah masih diparas tinggi mengakibatkan peningkatan kos pinjaman, diselangi pertumbuhan ekonomi yang lebih perlahan mengakibatkan permintaan minyak juga merundum.