Kesan ketirisan data yang melibatkan lebih 1.4 juta pengguna pada tahun 2020 lalu – ShopBack kini berdepan pengenaan denda berjumlah S$74,400 oleh badan pemerhati privasi data Singapura.
Menurut Suruhanjaya Perlindungan Data Peribadi (PDPC) isu tersebut berbangkit susulan pangkalan data pelanggan telah dijual pada forum atas talian pada tempoh tersebut.
Data sedemikian melibatkan Ini termasuk alamat emel sekitar 1.45 juga pengguna, 840,000 nama, 450,000 nombor telefon, 140,000 alamat, 10,000 nombor kad pengenalan, dan 300,000 nombor akaun bank.
Tidak hanya itu, sekitar 380,000 maklumat kad kredit pengguna juga dimaklumkan turut diceroboh.