Sekiranya tahun 2021 terdapat seramai 62.9 juta individu berstatus jutawan dengan nilai kekayaan bermula $1 juta diseluruh dunia – namun pada tahun 2022 didapati jumlah itu telah menurun kepada 59.4 juta individu berstatus jutawan dolar.
Ini bermakna sekitar 3.5 juta individu telah kehilangan status jutawan tersebut.
Data perbankan UBS, Switzerland ini menjelaskan penurunan kekayaan global ini didorong susulan tekanan kadar inflasi yang lebih tinggi, di samping kejatuhan kebanyakan mata wang berbanding dolar AS berlaku.
Selain kumpulan memiliki kekayaan $1 juta ini menurun, kumpulan individu yang miliki kekayaan lebih $50 juta juga turut memaparkan penyusutan bilangan, alami pengurangan seramai 22,500 individu kepada 243,000 individu.
Kejatuhan ini didorong atas faktor yang sama berikutan ketidaktentuan sentimen, ekonomi semasa, memberi kesan pada nilai aset kekayaan mereka.
Berbalik kepada data kumpulan $1 juta tersebut, didapati AS kehilangan seramai 1.8 juta jutawan kepada 22.7 juta individu, diikuti Jepun kehilangan sekitar 600,000 jutawan kepada 3.2 juta individu dan Britain pula hilang 440,000 individu jutawan.