Artikel

Jualan Rumah Bagi 6 Bulan Pertama 2023 Kini Melonjak, Hampir 4 Kali Ganda – Di Semenanjung

Aliran pembelian rumah di Semenanjung Malaysia bagi 6 bulan pertama 2023, memperlihatkan prestasi yang positif – apabila sekitar 11,273 unit telah terjual berbanding 3,163 unit untuk tempoh yang sama pada tahun 2022. 

Aturan itu sekaligus menunjukkan jualan kediaman di Semenanjung meningkat hampir 4 kali ganda dari tahun ke tahun pada separuh pertama 2023 ini. 

Data Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan (Rehda) Malaysia pada laporan TheEdge ini mendapati prestasi tersebut disumbang berikutan permintaan pangsapuri dan kondominium kekal menjadi pilihan penduduk Semenanjung. 

Setakat ini, pelancaran kediaman di Semenanjung telah melonjak dua kali ganda kepada 14,392 unit untuk separuh pertama 2023 dan didapati unit pangsapuri dan kondominium diperhatikan kekal menjadi pilihan pembelian pengguna di Semenanjung. 

Mengikut jualan itu sekitar 3,749 unit telah terjual, diikuti kediaman perkhidmatan (3,688 unit), rumah teres 2-3 tingkat (2,040 unit). 

Meskipun aliran ini positif, Rehda pada tinjauan separuh kedua 2023 dan separuh pertama 2024 melihat permintaan tersebut akan sedikit terjejas susulan jangkaan kos bahan binaan yang berupaya meningkat 15% pada tempoh tersebut. Sekiranya persekitaran kos itu berlaku maka ini turut akan meningkatkan purata harga bagi simen, konkrit dan pasir. 

Ketika ini bagaimanapun pasaran kekal positif dan pelbagai unit hartanah bernilai antara RM150,001 hingga RM300,000 dijangka akan dilaksanakan khususnya di pasaran Kedah, Perlis, Melaka , Pahang, Pulau Pinang dan Perak.