Seperti yang umum ketahui, minggu lalu negara telah melayari proses Pilihan Raya Negeri yang diadakan pada 12 Ogos 2023. Susulan aturan itu, terdapat negeri melaksanakan cuti pada 13 dan 14 Ogos selaku hari kelepasan am tambahan – yang diisytihar di bawah Seksyen 9(1) Akta Hari Kelepasan 1951 (Akta 369).
Meskipun memahami hari kelepasan am yang dilaksanakan bukan hari kelepasan am bergaji yang wajib di bawah seksyen 60D(1)(b) Akt Kerja 1955 (Akta 265) – namun Kementerian Sumber Manusia (KSM) pada kenyataan rasmi hari ini memaklumkan adalah digalakkan untuk pihak majikan memberi hari kelepasan tersebut sebagai hari kelepasan am bergaji kepada pekerja yang terlibat.
Langkah ini sekaligus meringankan bebanan pekerja berhubung kos yang perlu ditanggung susulan melunaskan tanggungjawab mengundi mereka.
Buat pengetahuan umum Kedah, Kelantan dan Terengganu telah mengisytiharkan 13 Ogos sebagai cuti peristiwa, manakala Selangor dan Negeri Sembilan pula pada 14 Ogos 2023 lalu.
📢📢KENYATAAN MEDIA
KELEPASAN AM SEMPENA PILIHANRAYA NEGERI KE-15#kementeriansumbermanusia#MalaysiaMADANI pic.twitter.com/FeUQ04sBOj— Kem. Sumber Manusia (@myksm_mohr) August 17, 2023