Beberapa tahun mendatang, Sarawak dijangka bakal mencapai status negeri tua susulan sekitar 16% daripada penduduknya dianggarkan terdiri daripada golongan berusia 60 tahun dan ke atas menjelang 2028.
Situasi tersebut dimaklumkan turut disokong kesan kadar kelahiran yang lebih rendah berlaku dibandingkan dengan negeri lain. Untuk tahun 2021 sahaja, kadar kelahiran di Sarawak telah berkurangan 50% – di mana hanya 20,000 bayi sahaja direkodkan pada tahun 2021. Ini lebih rendah berbanding data tahun sebelumnya yang mencapai sekitar 40,000 bayi.
Melihat pada data tersebut, Sarawak kini dalam usaha membangunkan pelbagai inisiatif untuk meningkatkan keperluan warga emas di peringkat negeri. Menurut Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak – usaha ini meliputi pengubalan dasar serta pelaksanaan program intervensi.
Melalui sokongan data kelak, pihaknya akan lebih memahami tahap keperluan warga emas mengikut lokaliti penduduk sama ada bandar dan di luar bandar. Aturan ini secara langsung membantu Sarawak memastikan aliran sosioekonomi negeri tidak terjejas.
Pada sokongan itu, mulai 2024 dijangka 3 universiti Sarawak akan laksana kajian menyeluruh berkenaan permasalahan didepani warga emas Sarawak. Menerusi insiatif itu, ia akan melengkapkan lagi data penduduk negeri mengikut aliran semasa.