Dalam tempoh 7 bulan tahun 2023 ini, ternyata sejumlah RM105.94 bilion kutipan cukai telah berjaya diraih Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Angka ini didapati lebih membrangsangkan, 30% lebih tinggi berbanding data kutipan tahun lalu pada tempoh yang sama.
Malah hasil penyertaan 13,109 syarikat dan individu melalui Program Pengakuan Khas Sukarela juga dilihat turut membantu LHDN menggandakan lagi usaha kutipan cukai negara – pada aturan itu, sejumlah RM94.469 juta juta taksiran baharu direkodkan.
Adanya sokongan berterusan ini, dijangka kutipan cukai Malaysia pada tahun ini berpotensi meningkat, lebihi RM175 bilion kutipan tahun 2022. Selain memudahkan tunggakan cukai diperolehi, LHDN turut optimis akan penerapan digital menerusi e-Invois yang bakal dilaksanakan secara rintis pada Januari 2024 kelak.
Menerusi usaha itu difahamkan perolehan cukai negara akan lebih konsisten susulan pembayar cukai yang meraih jualan tahunan lebihi RM100 juta kelak akan diwajibkan menggunakan sistem e-Invois tersebut mulai Jun 2024.
Sokongan e-Invois akan lebih memudahkan LHDN meningkatkan kecekapan kutipan, serta menamatkan isu ekonomi bayangan yang mengakibatkan negara alami ketirisan sekitar 30% daripada nilai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
Ekonomi Bayangan atau turut dikenali sebagai ekonomi bawah tanah adalah kegiatan perniagaan yang tidak mematuhi perundangan negara. Ini bermakna ia boleh tergolongan dalam kalangan firma yang berdaftar namun tidak patuhi perundangan dan firma yang tidak berdaftar dengan laksana perniagaan aktiviti jenayah
Sistem e-Invois – medium digital yang bertindak menyelaras proses percukaian negara secara atas talian. Sistem ini akan memudahkan pembayar cukai melalui penerapan berkaitan dokumen-dokumen perniagaan, bermula dengan e-invois, dan kemudiannya akan merangkumi dokumen-dokumen perniagaan lain seperti penghantaran, katalog dan pesanan. Ia juga akan meningkatkan kecekapan operasi perniagaan, ketelusan rekod transaksi dan mengurangkan kos pematuhan cukai