Untuk tidak terus bergantung kepada perolehan royalti petroleum, Terengganu kini meletakkan sasaran menggandakan pulangan mereka dalam pembangunan industri baharu.
Berdasarkan pemerhatian, pembangunan industri di utara negeri itu dilihat kurang membrangsangkan – maka pelbagai inisiatif perlu disegerakan. Antara memanfaatkan kemudahan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) pada tumpuan ekonomi kargo.
Melalui usaha ini ia sekaligus akan membantu pihak negeri meningkatkan pembangunan ekonomi di Besut dan Setiu. Antara usaha lain yang turut diperkasakan adalah meningkatkan kemasukan pelaburan antarabangsan, ketika ini usaha runding sedang dilaksana bersama industri hidrogen Korea Selatan dengan kerajaan negeri.
Adanya usaha sedemikian Terengganu optimis melandaikan kebergantungan mereka pada perolehan royalti petroleum semata. Setakat penggal lalu, sekitar 4% telah berjaya dikurangkan daripada kebergantungan royalti.