Sudah pasti semua pihak menantikan pengagihan kadar dividen Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi tahun 2023, yang bakal berlaku dalam beberapa bulan mendatang. Dijangka agihan dividen ini berpotensi lebih tinggi dan lebih baik dari sebelumnya.
Pengamatan pakar ekonomi pada laporan Bernama ini, didiorong hasil prestasi pendapatan pelaburan syarikat yang dilihat memulih dengan peningkatan hampir 40%, di mana bagi tempoh 6 bulan pertama – KWSP kini meraih RM33.19 bilion.
Tambahan peningkatan jumlah pencarum aktif kepada 8.47 juta ahli diikuti jumlah majikan naik kepada 598,871 ahli juga dilihat turut merancakkan lagi jumlah caruman yang diterima KWSP sebanyak RM50.8 bilion – naik 16.8% bagi tempoh yang sama.
Persekitaran ini secara langsung memungkinkan KWSP berupaya mengagihkan hasil dividen yang lebih baik susulan perolehan pulangan permodalan yang semakin meningkat. Namun prestasi ini harus dikekalkan bagi tempoh separuh kedua 2023 kelak – untuk meningkatkan sasaran pulangan buat para pencarum.
Untuk makluman, ini senarai penyaluran kadar dividen setiap tahun oleh KWSP;