Artikel

Syarikat Induk myTukar Untung $11 Juta, Capai Paras Suku Tahunan Tertinggi – Sejak Ditubuhkan

Carro, syarikat induk disebalik myTukar kini memperlihatkan prestasi yang membrangsangkan secara suku tahunan – apabila berjaya meraih untung tertinggi sejak penubuhannya 2015 kepada perolehan $11 juta bagi laporan suku pertama tahun 2024 yang berakhir Jun 2023 lalu. 

Pertambahan lebih $4 juta pada suku pertama itu telah didorong pengukuhan ekosistem digital perkhidmatan mereka – selain pemerkasaan dalam khidmat myTukar iaitu medium jualan kereta secara atas talian, Carro turut meningkatkan perkhidmatan lain seperti Jardine C&C platform pelaburan dan perkhidmatan ZA Tech dan MSIG pada akses melibatkan teknologi insurans. 

Melalui prestasi pemulihan ini, Carro kelak berhasrat masuki pasaran Jepun dan disasar untuk meneroka pasaran antarabangsa lain bagi mengukuhkan lagi kedudukan mereka dalam pasaran automotif secara atas talian.