Bermula hari ini, 15 Ogos 2023 – para pelajar yang mengikuti pengajian Universiti Awam (UA) kini boleh mula menyemak kelayakan dan memohon untuk mendapatkan manfaat baucar digital bernilai RM300 – iaitu bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan untuk laluan domestik di bawah inisiatif Kementerian Pengangkutan (MOT).
Pada manfaat itu, lebih 56,000 pelajar UA kini boleh mula menyemak kelayakan di laman portal MOT iaitu www.mot.gov.my dan seterusnya boleh memohon perolehan baucar digital penerbangan domestik RM300 itu pada mana-mana laman rasmi syarikat penerbangan yang terlibat.
Sebagai perincian pembelian penerbangan domestik untuk pelajar ini boleh ditebus di bawah syarikat penerbangan seperti Malaysia Airlines, AirAsia, Batik Air, Firefly dan MYAirline.
Menerusi perolehan baucar digital ini, ia bakal dijadikan sebagai credit shell kepada para pelajar untuk pembelian tiket penerbangan. Ini bermakna sekiranya harga tiket penerbangan yang dibeli adalah bawah RM300 maka baki selebihnya akan kekal dalam credit shell dan boleh digunakan pada pembelian tiket pelajar seterusnya.
Bagaimanapun sekiranya terdapat kumpulan pelajar yang tidak layak – dimaklumkan tindakan rayuan boleh dilaksanakan kepada Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) melalui universiti masing-masing.
Buat pengetahuan umum, tarikh akhir penebusan baucar digital ini adalah pada 31 Disember 2023. Susulan itu semua pelajar UA dinasihatkan untuk segera mendapatkan manfaat baucar digital ini bagi meningkatkan penjimatan perjalanan pelajar ketika pulang ke kampung halaman pada cuti semester pengajian.
Lebih terperinci lagi, laluan domestik yang boleh menggunakan subsidi tiket penerbangan ini adalah antara Semenanjung, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan. Namun para pelajar UA diberi peringatan hanya boleh membeli tiket penerbangan sekiranya alamat tetap pelajar adalah destinasi penerbangan tersebut.
Ini kaedah penggunaan baucar digital RM300 dilaksanakan bagi pembelian tiket penerbangan domestik;
