Artikel

Astro Malaysia Perolehi RM400 Juta Pinjaman Daripada Sumitomo Mitsui

Astro Malaysia melalui anak syarikatnya, Measat Broadcast Network Systems (MBNS) kini dimaklumkan meraih kemudahan pinjaman berjangka berjumlah RM400 juta daripada Sumitomo Mitsui Banking Corp (SMBC). 

Tujuan pinjaman itu difahamkan akan melibatkan pembiayaan kos MBNS bagi pengeluaran, pembelian, pelesenan kandungan, program atau saluran serta pembelian peranti set-top-box dan meliputi pembiayaan vendor. 

Malah pinjaman tersebut turut merangkumi perbelanjaan operasi dan perbelanjaan modal termasuk pemerolehan aset bagi penyiaran dan transmisi, pemerolehan perisian serta platform. 

Selain itu ia juga bertujuan membiayai semula kemudahan pinjaman berjangka sedia ada sebanyak RM380 juta daripada SMBC yang diraih pada 9 Ogos 2018, pada tempoh lalu.

Berdasarkan makluman lanjut kepada Bursa Malaysia ini, kemudahan pinjaman itu diklasifikasikan secara tidak bercagar, di mana kemudahan itu akan dibayar baliik sepenuhnya pada atau sebelum tamat tempoh 4 tahun daripada tarikh pengeluaran pertama kelak.