Artikel

Pelaburan Ekonomi Digital Di Malaysia Melonjak 279%

Separuh pertama 2023 menyaksikan aliran kemasukan pelaburan ekonomi digital semakin rancak, apabila berjaya memaparkan peningkatan 279% kepada RM28.4 bilion berbanding separuh pertama tahun 2022 sekitar RM7.5 bilion. 

Situasi ini didorong hasil sentimen pelabur yang semakin yakin akan tindakan melabur di Malaysia. Berdasarkan perincian data Kementerian Komunikasi dan Digital, usaha ini disumbangkan hasil perolehan ekonomi digital dari China dan Singapura.

Kedua negara mencatatkan jumlah kemasukan pelaburan sebanyak RM5.2 bilion. 

Sumbangan ini meliputi kerancakkan dalam industri kewangan teknologi, e-dagang serta penerapan nirtunai dalam kalangan sektor perniagaan negara.