Artikel

PRN : Pengundi Mengekalkan Kerajaan Di 6 Buah Negeri

Pilihan Raya Negeri telah berlangsung di 6 buah negeri pada 12 Ogos 2023, melibatkan negeri Negeri Sembilan, Selangor, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Pulau Pinang.

Mengikut perkongsian SPR, peratusan pengundian bagi Dewan Negeri Kedah adalah 73.86%, Kelantan sebanyak 60.96%, Terengganu sebanyak 74.79%, Pulau Pinang sebanyak 72.67%, Selangor sebanyak 72.00% dan Negeri Sembilan sebanyak 68.35%.

Kerajaan di enam-enam buah negeri tersebut kekal seperti sebelum ini. Berikut merupakan keputusan mengikut negeri:
Kedah : PN 33, PH 1
Kelantan : PAS 43, BN 1, PH 1
Terengganu : PAS 32
Pulau Pinang : PH 27, PN 11, BN 2
Selangor : PH 32, PN 22, BN 2
Negeri Sembilan : PH 17, BN 14, PN 5

Dengan perkembangan ini, setiap negeri dijangka mengumumkan Menteri Besar masing-masing dalam masa terdekat, dan meneruskan pentadbiran negeri seperti biasa.