Memasuki tahun ke-8 di pasaran Malaysia, ShopBack kini terus menggandakan akses khidmat pembayaran mereka bersama pengguna – dengan melancarkan ShopBack Pay. Iaitu membolehkan pengguna meraih pulangan tunai melalui pembayaran secara penuh mahupun ansuran.
Aturan ini sekaligus membenarkan pengguna untuk memautkan terus kad debit atau kad kredit anda pada aplikasi bagi memudahkan proses pembayaran dilaksanakan secara fizikal mahupun atas talian.
Untuk premis fizikal, pengguna hanya perlu mengimbas kod QR yang telah tersedia di kaunter pembayaran dan turut dapat dapat nikmati pulangan tunai melalui kemasukan kod promosi yang disertakan. Selain ShopBack Pay, ciri ShopBack PayLater turut dikemaskini bagi meningkatkan lagi akses pembayaran ansuran pengguna di premis fizikal.
Melihat pada akses ini, ia secara langsung akan mengandakan lagi jumlah transaksi yang diraih. Setakat ini ShopBack telah mencatatkan sehingga 500,000 transaksi sehari dengan nilai lebih RM200 juta pulangan tunai teah dinikmati pengguna – lonjakan ini begitu ketara berbanding ketika di awal kemasukan operasi di pasaran pada tahun 2014, yang sekadar mencatatkan 3 transaksi sehari. Malah akses sedemikian turut berpotensi meningkatkan lagi jumlah sokongan pengguna.
Ketika ini ShopBack Malaysia telah meraih lebih 5 juta sokongan pengguna negara.
Secara menyeluruh di selain Malaysia, ShopBack turut meluaskan jejak khidmat pembayaran di 11 pasaran meliputi Indonesia, Filipina, Australia, Singapura, Hong Kong, Korea Selatan, Thailand, Vietnam, Taiwan dan Jerman. Ketika ini terdapat 40 juta sokongan pengguna di raih pada pasaran global.