Artikel

Grab Sasar Tingkatkan Mutu Khidmat – Kekal Telus Dalam Menjana Pendapatan Rakan Pemandu, Penghantar

Grab Malaysia kini menyatakan komitmen mereka untuk menambah baik mutu perkhidmatan, disamping meningkatkan tahap perlindungan ke atas kumpulan pekerja iaitu rakan pemandu dan rakan penghantar – bagi memastikan arena ekonomi gig di Malaysia kekal terpelihara tanpa mengugat sebarang hak pekerja.

Matlamat ini menurut makluman rasmi merangkumi penyediaan persekitaran kerja yang fleksibel, keselamatan kewangan, perlindungan dan pembangunan profesional.

Seiring dengan penyertaan Grab berdialog bersama Perdana Menteri Anwar Ibrahim pada 8 Ogos lalu turut membawa kepada komitmen syarikat untuk memperkasakan lagi pengiraan kadar upah ke atas pekerja. Grab memberi jaminan akan terus kekal telus dan adil dalam menjana pendapatan rakan pemandu dan rakan penghantar mereka.

Setakat ini rakan pemandu, penghantar Grab masih diklasifikasikan sebagai pekerja bebas maka melalui status itu, Grab akan meningkatkan perlindungan sosial seperti laksana kerjasama dengan kerajaan dan menggalakkann sumbangan SOCSO, EPF serta penyediaan peluang peningkatan kemahiran secara berperingkat.

Adanya usaha ini, ia akan membantu pekerja ekonomi gig melengkapkan diri mereka bersama kemahirann dalam pasaran pekerjaan tempatan.