Artikel

PLUS Jangka Trafik Sesak, 1.9 Juta Kenderaan Sehari Mulai 11-12 Ogos Ini 

Pada ketika orang awam teruja melaksanakan tanggunjawab mengundi mereka sempena Pilihan Raya Negeri di Selangor, Negeri Sembilan, Kelantan, Terengganu, Kedah dan Pulau Pinang ini – PLUS Malaysia menjangkakan situasi trafik semasa akan meningkat sehingga 1.9 juta kenderaan sehari pada hari puncak. Ini meliputi laluan di Lebuhraya Utara-Selatan bermula hari ini (11 Ogos) hingga 12 Ogos 2023.

Susulan itu semua pihak diminta bersedia akan sebarang tempoh perjalanan yang lebih lama, dengan memastikan kad tambah nilai pembayaran tol mencukupi, disamping memanfaatkan kemudahan rehat di sepanjang kawasan lebuhraya bagi memastikan pemanduan pengguna di tahap yang terbaik untuk mengelakkan berlakunya kemalangan tidak diingini.

PLUS turut memaklumkan segala kemudahan tandas, surau serta stesen minyak akan berroperasi 24 jam bagi memastikan setiap pengguna miliki akses rehat tanpa mengira waktu. Maka sebarang maklumat lanjut, pengguna boleh memuat turun aplikasi PLUS atau ikuti makluman trafik di laman Twitter@PLUSTrafik.