Artikel

13,000 Pembayar Cukai Berjaya Lunas Tunggakan Dalam Masa 2 Bulan – MOF

Hasil galakkan penyertaan pembayar cukai berkaitan dalam Program Pengakuan Secara Sukarela (PPSS) didapati 13,000 terdiri daripada individu serta perniagaan telah berjaya melunaskan tunggakan cukai dengan melibatkan hasil kutipan sebanyak RM100 juta.

Menurut Kementerian Kewangan (MOF), berdasarkan sambutan baik ini dijangkan program ini berupaya lepasi sasaran awal iaitu sekitar 50,000 pembayar cukai akan tampil turut serta.

Buat pengetahuan, pelaksanaan PPSS ini masih berbaki 10 bulan lagi, di mana akan berakhir pada 31 Mei 2024 kelak. Susulan itu semua pihak yang berkaitan boleh tampil ke kaunter LHDN dan Jabatan Kastam untuk tindakan melunaskan tanggungjawab tersebut.

Melalui program ini, disasar sekitar RM1 bilion kutipan cukai tambahan berpotensi diraih melibatkan kutipan cukai tidak langsung.