Artikel

MOF : Sesi Libat Urus Belanjawan 2024 Akan Bermula Pertengahan Ogos Ini

Menjelang pembentangan Belanjawan 2024 pada 13 Oktober kelak, pelbagai aturan kini sedang dilaksanakan untuk mendapatkan perincian lanjut berhubung keperluan  rakyat negara. Persediaan ke arah itu sesi libat urus berkaitan belanjawan kelak akan dilaksanakan bermula pertengahan Ogos ini sehingga September 2023. 

Menurut Kementerian Kewangan (MOF), sesi libat urus selama sebulan itu akan melibatkan penyertaan kesemua menteri dan timbalan menteri di setiap kementerian. 

Keperluan ini secara langsung akan menambah-baik bantuan dan agenda yang telah digariskan kepada rakyat dan pembangunan negara tidak hanya melibatkan di peringkat persekutuan sahaja tetapi turut meliputi peringkat negeri.

Maka untuk orang awam yang ingin turut serta dalam memberi maklum-balas berhubung belanjawan, boleh layari laman Cadangan Belanjawan 2024 bagi berbuat tindakan sedemikian.

Ini antara pilihan isu yang dikemukakan di bawah Cadangan Belanjawan 2024: 

  • Subsidi bagi Makanan Asas dan Petrol
  • Pengangkutan Awam
  • Pendidikan Berkualiti
  • Bantuan Tunai Langsung dan Kebajikan
  • Rumah Mampu Milik
  • Pemerkasaan Komuniti
  • Pembiayaan Perniagaan
  • Peluang Pekerjaan
  • Kemudahan Kesihatan Awam – meliputi Kesihatan Mental
  • Insiatif Hijau bagi Agenda Kelestarian
  • Pelaburan Strategik dalam Sektor Utama
  • Sains, Teknologi dan Inovasi
  • Infrastruktur Awam – Akses Jalan Raya, Bekalan Elektrik, Air, Jaringan Internet
  • Bantuan Pemulihan bagi sektor tumpuan – Pelancongan, Kreatif, Peruncitan, Pertanian
  • Kecekapan Tadbir Urus Kerajaan
  • Pembangunan Ekonomi MADANI
  • Kecekapan Perbelanjaan dan Hasil Kerajaan
  • Perlindungan Sosial
  • Kecekapan dan Ketelusan Tadbir Urus Kerajaan