Artikel

MR DIY Untung RM150.32 Juta – Hasil Sokongan 43 Cawangan Baharu Bagi Suku Kedua 2023

MR DIY, syarikat penyedia kelengkapan kediaman di negara kini terus memaparkan prestasi yang membrangsangkan apabila mencatatkan peningkatan untung bersih kepada RM150.32 juta bagi suku kedua 2023.

Berdasarkan makluman kepada Bursa Malaysia, perolehan jenama turut melonjak 4.9% kepada RM1.10 bilion hasil dorongan sumbangan positif daripada penempatan cawangan baharu.

Setakat ini jumlah urus niaga operasi turut meningkat 13.1% kepada 40.9 juta urus niaga bagi suku kedua 2023. Pembukaan 43 cawangan baharu pada suku kedua ternyata telah menambah-nilai kepada perolehan jenama. Secara menyeluruh bagi separuh pertama 2023, MR DIY kini memiliki cawangan sekitar 1,168.

Berdasarkan sasaran hadapan, syarikat menyasarkan akan melabur pada pengembangan cawangan di lokasi bandar yang lebih kecil dan luar bandar. Untuk penuhi keperluan kelengkapan mengikut permintaan barangan pada demografi lokasi berkaitan.