Bersempena melunaskan tanggungjawab mengundi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos ini – Socar, platform penyewaan kereta bersama Trevo kini menawarkan promosi eksklusif buat rakyat Malaysia.
Menerusi khidmat Socar, rakyat negara boleh menggunakan kod JOMUNDI, berupaya meraih diskaun 40% bagi tempahan minimum selama 2 hari di bawah perkhidmatan mereka. Sementara penggunaan kod AUSUST2H pula akan membolehkan pengguna nikmati penyewaan 2 jam percuma bagi tempahan kereta minimum 6 jam.
Tawaran eksklusif ini tersedia bermula 2 Ogos sehingga 15 Ogos 2023 ini bagi tempoh pemanduan kereta sewa antara 7 Ogos sehingga 15 Ogos 2023 ini.
Sementara melalui khidmat Trevo pula, pengguna berupaya mendapat diskaun sebanyak 25% bersama kod VOTEPRN25 untuk perbelanjaan minimum RM200. Diikuti kod VOTEPRN120, membolehkan pengguna nikmati diskaun RM120 untuk perbelanjaan minimum RM400. Tawaran Trevo akan sah sehingga 17 Ogos bagi tempoh pemanduan sehingga 21 Ogos ini.
Menerusi kelebihan tawaran ini, secara langsung dapat memudahkan perjalanan rakyat Malaysia untuk memiliki akses ke pusat mengundi tanpa perlu menggunakan kenderaan peribadi.