Jumlah kelahiran di Malaysia pada tahun ini, secara berterusan menunjukkan peningkatan apabila data suku kedua 2023 memperlihatkan peningkatan kadar kelahiran hidup sekitar 13% kepada 105,961 kelahiran berbanding tempoh yang sama pada tahun lalu sekitat 93,799 kelahiran.
Peningkatan ini menurut Jabatan Perangkaan Malaysia pada Demogrrafi Malaysia S2 2023 – telah disumbang oleh peningkatkan kelahiran oleh kumpulan ibu berusia 30 hingga 39 tahun.
Sementara kadar kematian pula mencatatkan peningkatan 0.7% kepada 50,239 kematian berbanding tempoh yang sama pada tahun 2022 sekitar 49,893 kematian dicatatkan.

Berdasarkan perincian kelahiran, bayi lelaki mencatatkan jumlah 54,747 kelahiran manakala bayi perempuan pula berjumlah 51,214 kelahiran.
Pada data itu ternyata Selangor menjadi negeri mencatatkan jumlah kelahiran hidup tertinggi berjumlah 20,477 kelahiran (19.3%), sementara jumlah kelahiran hidup terendah pula dicatatkan Wilayah Persekutuan Labuan iaitu 357 kelahiran (0.3%).
Seterusnya berhubung rekod kematian, didapati lelaki mencatatkan 28,495 kematian manakala perempuan pula mencatatkan 21,744 kematian. Dari aspek usia kumpulan 60 tahun dan ke atas telah merekodkan jumlah kematian tertinggi kepada 35,415 kematian (70.5%) diikuti 41-59 tahun (19.6%).
Secara menyeluruh penduduk Malaysia pada suku kedua 2023 ini dianggarkan mencapai 33.4 juta penduduk. Ini meningkat 2.1% dengan jumlah lelaki 17.5 juta dan wanita pula 15.9 juta.
