Artikel

Pos Malaysia Kini Perkenal Pos Raudhah – Pakej Langganan Khairat Kematian Buat Pengguna

Untuk meningkatkan lagi akses perlindungan dalam kalangan pengguna negara, Pos Malaysia kini meluaskan kemudahan khidmat mereka melalui pengenalan pakej langganan khairat kematian – Pos Raudhah kepada pengguna.

Menerusi pakej hasil kerjasama di bawah Bumijez Sdn Bhd ini, pengguna akan meraih manfaat penyediaan perlindungan bantuan khidmat urusan jenazah 24 jam atau bantuan tunai untuk pengurusan pengebumian.

Akses tersebut turut melibatkan bantuan nasihat, dokumentasi, penggunaan van, memandikan, mengkafankan, solat, pengebumian dan bacaan talkin.

Usaha ini secara langsung akan meringankan beban waris apabila berlakunya situasi kecemasan dan menuntut keperluan menguruskan pengebumian dengan kadar segera. Berdasarkan perincian lanjut, langganan ini tersedia dalam dua pakej mampu milik iaitu Pakej 80 (RM80 setahun) atau Pakej 120 (RM120 setahun) dan dimaklumkan keahlian boleh diperbaharui setiap tahun.

Buat pengetahuan umum, Pos Raudhah ini kini tersedia di semua cawangan Pos Malaysia, di seluruh negara. Langganan terbuka kepada semua rakyat Malaysia berusia 1 tahun sehingga 69 tahun – ini merangkumi pengguna beragama Islam dan bukan Islam. Segala prosedur pengurusan kematian dimaklumkan akan disesuaikan mengikut aturan agama masing-masing.

Susulan itu, untuk ketahui maklumat lanjut semua pihak boleh layari pautan rasmi Pos Malaysia – Pos Raudhah, atau kunjungi pada mana-mana cawangan berdekatan bagi ketahui perincian seterusnya.

Ini antara senarai manfaat di bawah pelan Pos Raudhah;