Syarikat pengendali khidmat p-hailing kini memberi komitmen untuk lebih telus dalam penentuan dan pengiraan kadar upah kepada kumpulan pekerja mereka. Ini berlaku susulan terdapat aduan berhubung pelarasan kadar upah yang tidak setimpal diraih para pekerja penghantarpada pasaran negara.
Makluman ini untuk penjelasaan adalah antara pendekatan yang dicapai hasil pertemuan Perdana Menteri Anwar Ibrahim bersama 24 syarikat pengendali p-hailing di pasaran negara pada hari ini. Di mana tindakan itu akan mengambilkira pandangan lanjut daripada kumpulan penghantar berhubung pelarasan kadar upah kelak.
Mengikut makluman rasmi, pertemuan ini turut memperlihatkan 5 wakil daripada penghantar menyatakan pandangan mereka dan mendengar maklum balas pihak syarikat. Selain itu, terdapat juga pandangan lanjut daripada syarikat pengendali yang beroperasi di luar Lembah Klang yang tertumpu kepada perkhidmatan di luar bandar.
Maka berdasarkan pengamatan menyeluruh, kerajaan turut bersetuju untuk meningkatkan peruntukan bagi inisiatif dan latihan memperkasakan kemahiran para pekerja. Usaha ini akan diterajui oleh Kementerian Sumber Manusia (KSM) bersama kumpulan pekerja.
Antara lain yang turut digariskan kedua pihak adalah jaringan keselamatan sosial serta aspek keutamaan yang wajar diketengahkan untuk perkhidmatan di luar bandar. Adanya penelitian pada isu yang berbangkit ini, ia secara langsung akan membantu industri untukk menambahbaik pendapatan perkerja, disamping mengekalkan kelangsungan operasi syarikat dalam sektor ekonomi negara.
Saya telah mengadakan perjumpaan dengan 24 syarikat pengendali perkhidmatan parcel hailing (P-Hailing) susulan komitmen yang saya berikan semasa perjumpaan bersama rakan-rakan penghantar pada 22 Julai lalu.
Menteri Pengangkutan, Menteri Komunikasi dan Digital, Menteri Sumber… pic.twitter.com/Cyl27RDcBH
— Anwar Ibrahim (@anwaribrahim) August 8, 2023