Artikel

OPR Berpotensi Kekal Paras 3.00% – Sehingga Separuh Pertama 2024 

Terdapat kemungkinan Bank Negara Malaysia (BNM) kekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) di paras 3.00% dalam tempoh 6 bulan sehingga 12 bulan mendatang. Sasaran ini didasari berpandukan aliran inflasi keseluruhan dan inflasi teras negara yang diperhatikan penurunan secara berterusan.

Setakat ini sahaja paras inflasi Malaysia telah mereda kepada 2.4%, menjadikan ia catatan terendah dalam tempoh 6 bulan 2023.

Berdasarkan jangkaan OPR ini, penyelidikan Kenangan Investment Bank turut mengakui terdapat pelbagai risiko berupaya berlaku. Ini dicetuskan akan sebarang perubahan dasar kerajaan, kesan persekitaran, perubahan harga makanan dan komoditi – yang berpotensi memberi impak ke atas unjuran inflasi.

Sementara prestasi ringgit pula, masih dikekalkan sasaran kukuh berikutan prospek dolar AS dijangka akan menyusut dalam tempoh 3 hingga 6 bulan mendatang. Situasi ini disusuli jangkaan Rizab Persekutuan AS (Fed) yang cenderung ke arah penerapan kadar faedah rendah berikutan mengambilkira kelemahan pasaran buruh AS.