Artikel

9 Firma Malaysia Kini Tersenarai Pada ‘Forbes Asia’s Best Under A Billion 2023′

Arena perniagaan tempatan kini terus memaparkan potensi yang tinggi pada pasaran global, apabila 9 syarikat Malaysia telah disenaraikan pada carta 200 Forbes Asia’s Best Under A Billion atau 200 Syarikat Terbaik Asia Bawah 1 Bilion (RM4.57 bilion) bagi tahun 2023. 

Buat pengetahuan umum senarai ini mengetengahkan pengiktirafan kepada firma penyenaraian awam berskala kecil dan sederhana di Asia Pasifik. Di mana firma tempatan yang tersenarai ini berupaya mengekalkan prestasi operasi mereka di samping mengukuhkan daya ketahanan tatkala berdepan tekanan global seperti inflasi dan kenaikan kos pendanaan.

Ini 9 firma negara yang berjaya mengungguli kedudukan dalam senarai:

  • Frontken Corp Bhd
  • Greatech Technology Bhd
  • Harbour-Link Group Bhd
  • Kim Loong Resources Corp Bhd
  • QES Group Bhd
  • Scicom (MSC) Bhd
  • Thong Guan Industries Bhd
  • Uchi Technologies Bhd 
  • ViTrox Corp Bhd

Mengikut pemerhatian Forbes Asia, firma melibatkan semikonduktor akan terus memperlihatkan lonjakan meskipun berdepan isu ketirisan pembekalan di pasaran global. Manakala, firma melibatkan penyelesaian teknologi akan kekal meraih permintaan pasaran khususnya ketika kerancakkan kemahiran digital sedang dipenuhi pada setiap pasaran antarabangsa dan penyelesaian tersebut turut mendapat perhatian pada sektor kesihatan, logistik serta pembuatan. 

Sementara perniagaan yang bergantung kepada perbelanjaan pengguna seperti khidmat makanan, hiburan dan sukan pula disasarkan akan alami peningkatan setelah krisis kesihatan COVID-19 tidak lagi faktor menjejaskan struktur ekonomi global.

Secara menyeluruh, penyenaraian ini secara jelas memberi petunjuk yang positif akan prestasi perniagaan Malaysia. Ini kerana pencapaian yang diraih tidak sekadar tertumpu kepada permintaan domestik tetapi meraih potensi meluaskan jejak di pasaran global.