Artikel

Maxis Melantik Adrian Ong, CEO MR DIY – Selaku Pengarah Bebas Bukan Eksekutif

Ketua Pegawai Eksekutif MR DIY, Adrian Ong Chu Jin – syarikat berangan penambahbaikan kediaman kini diumumkan telah menyertaii lembaga pengarah Maxis Bhd, dilantik selaku pengarah bebas bukan eksekutif.

Makluman kepada Bursa Malaysia ini menjelaskan lantikan tersebut mula berkuat kuasa pada hari ini (8 Ogos). 

Berbekalkan pengalaman selama lebih 29 tahun dalam pelabagai industri meliputi penyertaan dalam bank pelaburan, ekuti persendirian dan perakaunan awam – Maxis akan pertanggungjawabkan Ong untuk terajui bahagian saranan melibatkan aturan tawaran awam permulaan (IPO), pengumpulan dana hutang dan ekuit serta melibatkan segmen pelaburan di rantau Asia Pasifik. 

Menerusi pengalamannya bersama CIMB, Creador serta KPMG – ia dilihat berupaya membawa nilai-tambah kepada operasi Maxis Bhd dalam pasaran serantau. 

Buat pengetahuan umum Ong telah berkhidmat selaku CEO MR DIY sejak 2019 lagi, malah turut memikul tanggungjawab selaku pengerusi bukan eksekutif MR DIY Holding di Thailand.